Konfusianisme - EAST ASIAN SOCIETIESPENGENALAN MENGENAI PENGASAS KONFUSIANISME. Confucius. Ajaran Konfusianisme ini telah di bawa oleh Confucius. Nama sebenar beliau ialah Kung Chui iaitu Kung merupakan nama keluarga beliau dan Chui merupakan nama sebenar beliau. Selain nama tersebut, beliau juga mempunyai banyak gelaran lain antaranya Tuan Kung. Beliau lebih terkenal dengan gelaran Tuan Kung ini. Beliau telah dilahirkan pada sekitar tahun 5. S. M. Pada hari ini negeri Lu terletak di wilayah Shantung. Ajaran Taoisme dikatakan muncul sekitar abad ke-6 SM iaitu seiring dengan kemunculan ajaran Konfusianisme malah ada yang mendakwa ia muncul. Ajaran Konfusianisme atau Kong Hu Cu (juga: Kong Fu Tze atau Konfusius) dalam bahasa Tionghoa, istilah aslinya adalah Rujiao ( Confucius meninggal dunia pada tahun 4. S. M. Beliau berasal daripada keluarga bangsawa di negeri Sung. Namun demikian, keadaan huru- hara dan peperangan semasa akhir zaman dinasti Chou Barat telah menyebabkan keluarga beliau menjadi miskin. Nasib Confucius bertambah malang apabila ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia tiga tahun. Dengan itu, ibu beliau menjadi orang yang penting dalam membesarkannya. Ketika itu, beliau terpaksa berhadapan dengan kehidupan yang sangat susah. Beliau berkahwin ketika beliau berusia 1. Hasil daripada perkahwinan beliau, beliau telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Li dan dua orang anak perempuan. PERJALANAN HIDUP CONFUCIUS. Namun pada masa itu peluang untuk orang biasa bagi mendapatkan pendidikan amat sukar kerana pendidikan menjadi hak golongan bangsawan dan keluarga diraja. Ajaran Filsafat Konfusianisme downloads at Ebookinga.com - Download free pdf files,ebooks and documents - FILSAFAT KONFUSIANISME - gentanusantara.com. Pengenalan diri dalam ajaran Konfusianisme. 2.5 Teori Bushido Menurut Kumazawa Banzan Kumazawa Banzan adalah seorang ahli Konfusius dari aliran Yomeigaku. Lambang yang sering dikaitkan dengan ajaran Laozi ialah lambang 'ying-yang' ('ying' bermaksud 'feminin', dan 'yang' bermaksud 'maskulin'). Ia membayangkan kebenaran. Walau bagaimanapun, Confucius merupakan seorang yang rajin dan tidak kenal erti putus asa lalu beliau telah mencari jalan dan berusaha untuk mendapatkan pendidikan. Peluang beliau nampaknya cerah apabila beliau telah diterima bekerja dengan golongan bangsawaan . Dari situ, beliau telah dapat mengenal sistem kerajaan China kuno serta dapat memasuki istana raja dan dari situ juga bermulalah perjalanan hidup beliau untuk belajar mengenai perihal kehidupan yang sebenar. Semasa bekerja dengan golongan bangsawan tersebut, beliau telah diberikan jawatan penjaga gudang yang juga merupakan jawatan pertama beliau. Dengan usaha keras beliau serta kerajinan yang ditunjukkan dalam pekerjaan beliau, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Taman dan Herba. Kebolehan beliau menjadi pengajar telah terbukti dengan bakat yang ada dalam bidang kesenian. Beliau dianggap sebagai seorang yang mempunyai bakat yang pelbagai dalam bidang tersebut. Ramai keluarga bangsawan telah tertarik dengan idea- idea yang dikemukakan oleh beliau lalu menghantar anak- anak mereka untuk berguru dengan Conficius. Beliau telah dikenali sebagai guru persendirian yang pertama yang dapat menarik ramai orang untuk berguru dengannya. Seramai kira- kira 3. Beliau juga telah berusaha untuk mengembangkan lagi idea- idea beliau dengan merantau ke seluruh pelosok China. Selama 1. 3 tahun beliau telah mengembara ke seluruh pelosok China untuk mencari pemimpin yang ingin mengikut nasihat dan idea- ideanya namun usaha yang di lakukan sering menemui kegagalan. Walau bagaimanapun, kegagalan tersebut tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan lagi usaha beliau itu. Dengan usaha yang gigih, beliau telah diterima oleh pemerintah di negeri Ch’i. Setelah beliau meninggal dunia, ajaran beliau mulai mendapat tempat di kalangan penduduk China danjuga pemerintah China sehingga kini. KONSEP DAN AJARAN UTAMA YANG DISEBARKAN OLEH CONFUCIUS. Chun Tze merupakan matlamat utama dalam ideologi kemanusiaan Konfusianisme. Semua manusia berpotensi untuk menjadi Chun Tze iaitu orang yang berpendidikan tinggi. Dalam karya Lun Yu(Analects) turut menjelaskan bahawa kelas Chun Tze tidak dianggap sebagai satu kelas yang boleh diwarisi. Akan tetapi,seseorang itu herus berusaha untuk mencapai kelas Chun Tze. Maka seriap orang perlu dan harus mencuba untuk mendapatkan kelas Chun Tze.“Jalan orang budiman ada tiga aspek dan aku tidak berupaya melakukannya. Dengan kemudahan tiada kebimbangan,dengan kebijaksanaan tiada penipuan diri sendiri,dengan keberanian tiada ketakutan”. Tsu Kung berkata; “tuan guru berkata tentang dirinya sendiri”. Dia tidak mempersoalkan “Apa yang akan aku dapat daripada mereka” tetapi apa yang ditekankan adalah “Apa yang aku dapat buat untuk menampung atau membantu mereka?”. Dia tidak menunjukkan atau mengangkat muka apabila memperoleh kejayaan dan tidak juga menundukkan kepala apabila kecewa”. Matlamat yang seterusnya ialah ketaatan. Kepatuhan dan ketaatan kepada nenek moyang ini menjadi asas kepada sifat dan peraturan untuk berakhlak baik (Wu Chang) yang menjadi ajaran Kung. Dalam hal ini, persoalan kepercayaan kepada benda ghaib atau roh- roh itu bukan menjadi tumpuan utama, sebaliknya penghormatan dan ketaatan kepada adat- adat, upacara, peraturan dan nasihat yang telah ditinggalkan oleh orang- orang bijaksana (nenek moyang) terdahulu. Selain itu, ketaatan kepada ibu bapa sangat berkait rapat dengan ketaatan kepada nenek moyang. Ini kerana, ketaatan anak kepada ibu bapa itu berlaku secara berterusan sama ada ketika ibu bapa itu hidup sehingga mereka mati. Ketaatan yang dimaksudkan oleh Kung bukan sahaja takut semata- mata kepada ibu bapa, tetapi hormat dan membahagiakan ibu bapa itu adalah ketaatan yang sempurna. Antaranya beliau berkata bahawa “Kewajipan dan ketaatan anak- anak kepada orang tua merupakan sumber seluruh kebajikan”. Oleh itu, tumpuan ajarannya adalah tentang soal moral. Pada suatu ketika, beliau pernah menyatakan bahawa perlantikan pegawai kerajaan haruslah berdasarkan kebolehan dan sifat moral yang dimiliki oleh seseorang dan bukannya berdasarkan sistem warisan seperti keluarga bangsawan. Perkara inilah yang telah beliau ajarkan kepada pengikut- pengikutnya. Sebagai guru, beliau juga berpendapat bahawa menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kepada pengikutnya tentang warisan budaya kuno yang diamalkan oleh pembesar- pembesar. Oleh sebab itu, Confucius cuba mendekati pengikutnya berhubung dengan adat dan istiadat serta norma lama untuk dihayati dan diteruskan oleh pengikutnya. Beliau berpendapat bahawa mesyarakat Cina harus mengamalkan ajaran lama yang telah diturunkan dari Zaman Keemasan China. Pada pendapat beliau, dengan mengamalkan semua amalan lama maka sifat manusia akan dapat ditamadunkan dan memberi suatu tatacara dalam kehidupan bermasyarakat. Berkenaan dengan perkara itu, Confucius dengan rendah hati menyatakan bahawa beliau bukannya pencipta dan beliau sendiri banyak kekurangan. Oleh itu,sebagai seorang yang mempunyai idea yang bagus maka beliau adalah seorang guru. Ren telah menjadi asas kepada ajaran Konfusianisme dan telah ditulis dan disebut sebanyak 1. Analects. Konsep ini amat penting dan telah diterapkan dalam hubungan kemasyarakatan di China bagi mencapai keharmonian dan kelancaran pentadbiran kerajaan. Konsep ini boleh diserap kepada sesbuah masyarakat seperti xiao yang menanamkan perasaan kasih sayang kepada ibu bapa. Bagi mempraktikkan konsep ren, pengikut Confucius juga disarankan supaya mengamalkan konsep Chung dan Shu. Konsep ini melengkapi antara satu sama lain. Chung bermaksud membuat sesuatu kepada orang lain yang kamu suka untuk kamu sendiri. Manakala Shu pula bermaksud jangan berbuat sesuatu kepada orang lain yang kamu tidak sukabuat untuk diri kamu sendiri. Sesuatu nama tersebut akan memberi kesan dan pengaruh yang tersendiri dalam masyarakat dan negara. Dalam hubungan masyarakat, sesuatu nama tersebut mempunyai tanggungjawab dan tugasnya yang tersendiri. Sesebuah negara pula disarankan agar ditadbir secara bermoral dan bukannya menggunakan undang- undang ataupun kekuasaan. Oleh itu, para pemerintah hendaklah mempunyai nilai moral yang tinggi untuk memerintah sesebuah negara dan boleh dijadikan sebagai contoh oleh rakyat. Konsep ren sangat penting bagi menjalankan pemerintahan tanpa kekerasan. Hal ini sangat di beri penekanan oleh Confucius dalam ajarannya. Confucius berpendapat bahawa jika seseorang pemerintah meletakkan nilai moral sebagai sesuatu pegangan yang paling penting, maka rakyat akan mengikut jejaknya dan secara tidak langsung undang- undang yang bercorakkan kekerasan tidak lagi diperlukan. Confucius menyatakan bahawa pemerintah umpama angin yang bertiup dan rakyat umpama rumput. Jika angin itu bertiup maka rumput sudah pastinya akan tunduk. Hal ini dapat dikaitkan dengan situasi pemerintahan di sesebuah negara yang dikendalikan oleh para pemerintah kepada rakyatnya. Dengan itu, beliau menjelaskan kaedah terbaik untuk memerintah bukannya menerusi penguatkuasaan undang- undang tetapi melalui penerapan nilai- nilai moral menerusi pendidikan kepada rakyat. Hubungan seperti ini dapat membantu mengawal hubungan manusia di semua peringkat dan strata . Dengan wujudnya jalinan hubungan yang erat ianya umpama ikatan sesebuah kekeluargaan yang sukar diceraikan. Dalam sesebuah keluarga contohnya, ketaatan anak kepada orang lebih tua atau ibu bapa amat penting. Dengan itu wujud tiga hubungan yang penting dalam sesebuah keluarga seperti anak kepada bapa, adik kepada abang dan isteri kepada suami. Walau bagaimanapun, hubungan yang ditunjukkan ini bukanlah hubungan sehala akan tetapi lebih merupakan hubungan dua hala antara kedua- dua pihak. Golongan bawah pula harus mentaati dan menurut perintah orang yang lebih tua. Dalam konteks hubungan antara anak dengan bapa, Confucius menyatakan bahawa perkara ini harus dijaga dan dipelihara oleh anak- anak. Melalui ajaran yang di bawa oleh Confucius ini, ianya dapat membantu mengeratkan hubungan sesama manusia dalam sesebuah negara untuk tujuan memudahkan lagi urusan pemerintahan dan pemerintah dapat menjalankan urusan pentadbiran dengan baik. Oleh itu, Confucius telah menambah dua lagi hubungan penting dalam susunan masyarakat iaitu hubungan rakyat dengan pemerintah dan hubungan sesama kawan yang diibaratkan sebagai hubungan adik- beradik. Hubungan sesama kawan biasanya lebih merujuk kepada hubungan sama taraf kecuali dapat dibezakan melalui umur seseorang tersebut. LIMA SIFAT KEBAIKAN YANG DITERAPKAN DALAM AJARAN KONFUSIANISME. Ren/Jen (Peri kemanusiaan) Ren/jen timbul dalam hubungan manusia dengan manusia.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
January 2017
Categories |